Friday 27 April 2012

Promosi Perpustakaan Di Majlis Perjumpaan 1Malaysia Bersama Penduduk Parlimen Batu Kawan



Majlis Perjumpaan 1Malaysia Bersama Penduduk Parlimen Batu Kawan ini dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Bin Yassin.
Di kesempatan ini,kami mengambil peluang untuk mempromosikan semua perkhidmatan perpustakaan dan mendapat sambutan yang baik daripada pengunjung yang hadir . Terima kasih kepada Puan Kee Sai Hiang dari PDSI Perkampungan Juru yang menjemput kami PDSI Kebun Sireh,PDSI Permatang Tinggi, PKSI Taman Makok dan PDSI Sungai Semilang untuk turut serta dalam promosi kali ini.


Thursday 26 April 2012

Promosi Door To Door

Pada hari Rabu 25 April 2012 promosi door to door dijalankan di Tabika Kemas Balik Bukit, Tabika Kemas Kampung Tok Panjang dan Tabika Kemas Taman Desa Damai. Sambutan yang diterima sangat baik daripada guru-guru dan para pelajar.








Promosi ini dilakukan bersama kakitangan PKSI Taman Makok dan PDSI Permatang Tinggi.



Aktiviti Perpustakaan Bersama Tabika Kemas Balik Bukit

Aktiviti mewarna dilakukan bersama adik-adik Tabika Kemas Balik Bukit pada hari Rabu,
 25 April 2012.


Aktiviti ini turut dilakukan bersama PDSI Permatang Tinggi dan PKSI Taman Makok.

Buku Gersasi 'Ilustrasi Buku Kegemaran Saya'







Buku gergasi ' Ilustrasi Buku Kegemaran Saya ' yang dipamerkan di Karnival Buku Dan Hakcipta Sedunia pada hari Isnin 23 April 2012.




Saturday 7 April 2012

Aktiviti DanPromosi Bersama Tadika

Tarikh : 01/04/2012
Hari : Ahad
Tempat : Tadika Kemas Taman Desa Damai, Bukit Mertajam
Aktiviti : Hari Gotong Royong Tadika Bersama Ibu Bapa






Aktiviti mewarna bersama pelajar-pelajar tadika dijalankan ketika ibu bapa sedang gotong royong.

Kakitangan yang terlibat ialah PDSI Kebun Sireh, PDSI Permatang Tinggi dan PKSI Taman Makok.