Majlis Perjumpaan 1Malaysia Bersama Penduduk Parlimen Batu Kawan ini dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Bin Yassin.
Di kesempatan ini,kami mengambil peluang untuk mempromosikan semua perkhidmatan perpustakaan dan mendapat sambutan yang baik daripada pengunjung yang hadir . Terima kasih kepada Puan Kee Sai Hiang dari PDSI Perkampungan Juru yang menjemput kami PDSI Kebun Sireh,PDSI Permatang Tinggi, PKSI Taman Makok dan PDSI Sungai Semilang untuk turut serta dalam promosi kali ini.